Sunday, December 25, 2011
sahabat
Posted by AFIQAH KAMARU at 6:05 PM 1 comments
Sunday, June 26, 2011
Teguran Itu Penting Dalam Kehidupan
Posted by AFIQAH KAMARU at 12:40 AM 1 comments
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Posted by AFIQAH KAMARU at 5:11 PM 0 comments
Tuesday, May 3, 2011
Alkisah Sang Raja Berlawak Mengundang Bala Sang Pencipta
Apabila dosa sudah 'dumurnikan', bersiap siaga menunggu bala yang bakal menimpa.....Allah...
Tergerak untuk menonton rancangan lawak melawak yang tengah hangat sekarang ni. Tidak dinafikan, tergelak juga la sekali dua.
Melihat dengan nafsu, tergelak tak ingat neraka.
Melihat dengan hati, tak mampu pun untuk tersenyum.
Hati mula berfikir, betapa pentas itu pentas maksiat. Pentas yang dilaknat. Bukan kerana material pentas itu. Tapi kerana gelagat manusia yang memenuhi pentas itu.
Apabila nama Allah menjadi bahan gurauan, ianya tidak lagi kelakar. Mempersenda tuhan agama lain sudah dilarang keras, apatah lagi Tuhan sendiri. Tuhan yang Maha Esa.
"Sesungguhnya mereka yang beriman itu apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dah apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Rabb lah mereka bertawakkal."
bukan isu 'tak open minded'
bukan isu dengki.
Ianya melibatkan laknat tuhan. laknat bukan sebarang laknat.
p/s: tiada gambar diletak, kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Untuk lebih dalil dan hukum,blog ini agak membantu.
Posted by AFIQAH KAMARU at 10:53 PM 1 comments
Makin Dekat Makin Sakit
Dia menguis-nguis kakinya ke pasir. Bagai siaran ulang tayang, entah kali ke berapa aku lihat dia berteleku begitu. Aku mendekati. Ismail Bin Ibrahim juga suatu ketika dulu pernah menguis-nguis kakinya ke tanah. Lalu keluar air mata air, tapi di bawah tapak kaki dia, aku lihat tiada apa-apa. Tiada air mata air tapi di pipinya, ada air mata yang jernih mengalir. Dia menangis.
"Oits!" Aku menyapa. Dia cepat-cepat menyapu air mata. Menoleh ke arahku lalu mengukir sebuah senyuman. Dia selalu begitu, suka menyembunyikan dukanya di balik senyuman.
"Apa oits oits! Sejak bila tak reti bagi salam?" Dia mencengilkan matanya sambil jarinya mencubit pehaku. Aku cuba mengelak namun terlambat. Sudahnya aku mengaduh sendirian seraya mengusap bekas cubitan, biar cepat hilang rasa sakitnya.
"Aku nampak kau menangis. Boleh aku tahu kenapa?" Tanpa berdalih, aku bertanya. Dia kembali diam. Senyuman di bibirnya yang dibuat-buat hilang serta-merta. Dia menggeleng-gelengkan kepala, namun aku tahu, dia tahu bahawa dia tidak mampu menipu aku. Dia kembali tunduk ke bawah, menyambung kerja menguis pasir dengan hujung jari kakinya.
"Entahlah. Aku pun tidak tahu mahu kata bagaimana. Tapi dadaku terasa sempit, hatiku bagai tersiat-siat. Seksa. Sakit. Dan aku pun tak tahu mengapa. Makin lama makin sakit." Begitu dia meluahkan tanpa memandang sekilas pun ke arahku. Aku masih tekun mendengar. Menanti dia menyambung kata-katanya namun hampa. Dia membisu.
"Apa kau tidak bahagia dengan hidup kau sekarang?" Aku kembali bertanya setelah kami sepi seketika. Dia cuma mengangkat bahu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Beberapa detik kemudiannya dia menganggukkan kepalanya.
"Ya. Hidup aku dulu lebih bahagia. Berseronok, punyai banyak teman. Ke sana-sini berhibur. Ramai orang gila-gilakan aku. Aku dipuja, disanjung. Tapi kini, aku hidup sendirian. Tiada siapa kecuali engkau." Suaranya lirih. Bagai meluahkan segala nanah yang terperap dan membusuk di dada. Pengakuan jujurnya ikhlas dari hati, aku tahu itu dan ia membuatkan aku tersentak.
"Istighfar. Hidayah milik Allah. Dia beri kepada siapa yang Dia mahu. Kau patut bersyukur kerana kau antara insan yang terpilih, untuk menikmati indahnya nur Allah. Bukan semua orang diberi peluang yang sama. Ramai yang sesat terus hanyut. Tak kurangnya yang mati dalam kehinaan. Apa kau sanggup dihumban ke neraka? Apa kau ingin kesudahan hidupmu kelak bersama mereka yang dibenci Allah? Beristigfar." Lagak iman muda, aku menyusun kata. Biar padat, biar terus melekat kejap ke dasar kalbunya. Aku tidak mahu dia kembali hanyut. Aku cinta dia.
Bahunya terhinjut-hinjut. Aku tahu dia menangis lagi. Aku biarkan saja dia meluahkan rasa hatinya. Andai itu yang mampu membuatkan jiwanya tenang. Menangislah.
"Aku pun tidak tahu mengapa, makin kuat aku mencuba mendekati Allah, makin hebat ujian yang menimpa aku. Makin sakit yang aku rasakan. Apakah Allah tidak sayangkan aku?" Dalam esakan, dia mengucapkan kalimah itu. Aku tidak silap dengar. Memang itu yang dia lafazkan.
"Allah sudah berfirman, Dia beri ujian hanya kepada hamba-Nya yang mampu. Jadi kau harus yakin bahawa kau mampu menghadapinya. Allah juga berfirman, hamba-Nya tidak akan masuk syurga selagi tidak diuji, jadi berbahagialah, ujian ini mungkin kunci untukmu ke syurga. Allah juga berfirman, berulang kali, sesudah kesulitan, ada kemudahan. Bertenanglah, sakit bukan selamanya. Derita bukan selamanya. Andai doamu tidak dimakbulkan Tuhan, ketahuilah bahawasanya bukan Dia mengendahkanmu, tapi mungkin kerana Dia merindui rintihanmu, mahu kau lebih dekat dengan-Nya. Berbahagialah, andai tidak esok atau lusa doamu termakbulkan, mungkin di akhirat sana tempat kau mengutip segala nikmat-Nya. Kau tidak pernah sendirian, Allah sentiasa ada bersamamu. Dia sentiasa menyayangimu, lebih daripada aku mencintaimu." Penuh keyakinan, aku melontarkan bait-bait kata itu, biar menikam tangkai hatinya, biar terpahat kukuh. Biar berpadu kemas di ingatannya, agar dia tidak akan lupa sampai bila-bila.
Sepi lagi. Aku dan dia masing-masing membisu.
Dia mengangkat wajah, melontarkan pandangannya membelah lautan. Jauh tidak bertepian.
"Benarkah Allah sayangkan aku? Sedangkan aku hamba-Nya yang telah banyak melakukan dosa? Sering melupakan dia?" Soalan itu diajukan kepadaku. Aku sekadar angguk.
"Benar, asalkan kau kembali pada-Nya dengan hati yang suci, ikhlas dan taubat yang sungguh-sungguh. Jangan ragu, jangan goyah. Dia yang menciptakanmu, mana mungkin Dia tidak mencintaimu. Bertaubatlah, dan teruslah teguh di jalan taubatmu. Kemanisan iman dan kenikmatan bercinta dengan-Nya, itulah sebenar-benar kebahagiaan. " Aku menyambung sambil menghadiahkannya sekuntum senyuman tanda kasih.
Dia bingkas, berdiri. Bagai ada tenaga baru meresap ke tubuhnya. Dia kelihatan penuh bersemangat. Wajahnya berseri-seri.
"Aku sayang Allah, Allah sayang aku. Terima kasih Allah, untuk segala-galanya." Jeritnya ke arah lautan luas, bagai memberitahu seluruh alam betapa cintanya dia kepada Sang Pencipta.
Posted by AFIQAH KAMARU at 5:04 PM 1 comments
Sunday, April 17, 2011
Bantulah Aku
Ya Allah....
Bantulah aku untuk terus memperbaiki ibadah ku kepada Mu...
Bantulah aku untuk terus mensyukuri segala nikmat Mu...
Bantulah aku untuk terus mengingati Mu...
Ya Allah...
Redhailah aku...
Keredhaan Mu yang aku dambakan dalam kehidupanku...
Bekalkanlah aku dengan limpahan iman...
Bekalkanlah aku dengan limpahan takwa...
Bekalkanlah aku dengan sifat sabar...
Bekalkanlah aku dengan semangat dan kekuatan untuk terus beribadah kepada Mu...
Ya Allah...
Ampunkanlah aku...
Andai banyak langkah yang tersasar sepanjang bertambahnya usia ku....
Ampunkanlah aku...
Kiranya secara tanpa sedar aku membelakangkan Mu....
Ampunkanlah aku....
Ampunkanlah aku....
Ampunkanlah aku Ya Allah....
Ya Allah....
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku...
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu...
Moga ku tahur syukur ku adalah milikmu....
Ampunkanlah aku Ya Allah...
Redhailah aku Ya Allah....
BANTULAH AKU YA ALLAH....
UNTUK AKU MENGENAL DIRI PADA LANDASAN YANG BENAR...
AKU MOHON KEKUATANMU....
BANTULAH AKU YA ALLAH....
Posted by AFIQAH KAMARU at 8:49 PM 0 comments
Saturday, April 16, 2011
apakah harga sebuah pernikahan
"Ya Allah...
Indahnya aturanmu...
Engkau keluarkan kami dari kemurungan dengan memberikan ikatan pernikahan...
Yang peliknya...
Bila dah bosan bila dah jemu....
Kita sendiri yang menghancurkan pernikahan...
Apa harganya sebuah perkahwinan...
Adakah talak yang mengegarkan arasy...
Seolah-olah cinta, kesukaan, kegembiraan, kesakitan yang dirasai bersama...
Tiada pernah ada nilai sedikit pun...
Bukan sedikit deraian air mata seorang isteri...
Yang mendengar suaminya mengungkapkan...
Mengahwini mu merupakan satu kesilapan...
Mana perginya contoh...
Mana perginya contoh rumah tangga nabawi...
Adakah ianya semata-mata datang daripada syurga...
Tidak...
Ianya datang dari ungkapan syair-syair yang indah...
Dari bibir Saidatina Aisyah memuji-muji suaminya...
Ianya juga datang dari belaian kasih mesra dan manja...
Seorang suami iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w terhadap isterinya..."
Aku memang masih belum berkahwin. Masih jauh untuk aku melangkah ke arah itu. Namun, aku khuatir. Melihatkan sahabatku yang baru berkahwin, bahkan aku kira masih di ambang manisnya bulan madu, sudah mula bertelagah. Sudah mula mahukan kebebasan atau dalam erti kata yang lain mereka menginginkan perpisahan dan perceraian.
Tidak ingatkah kalian, di saat kalian berdua bermadu kasih. Di saat kalian berjanji mahu sehidup semati. Di saat kalian merancang masa depan bersama. Kenapa begitu mudah kalian lupakan saat dan detik itu. Mengapa begitu senang kalian mengambil keputusan untuk berpisah. Mana pergi dan hilangnya semua janji-janji kalian.
Aku kira, kalian perlu fikir dahulu sebelum melakukan sebarang keputusan. Boleh jadi, kalian tidak berpuas hati dengan pasangan kalian. Baik, fizikal, sikap mahupun tingkah laku. Tapi satu yang kalian perlu tahu. Sungguh, apa yang Allah berikan buat kita semua adalah yang terbaik. Apakah pantas untuk kalian tidak berpuas hati dengan apa yang Allah titipkan buat kalian. Ingatlah, itu yang terbaik. Boleh jadi pasangan kalian bukan yang terbaik didunia, namun ketahuilah, pasangan kalian adalah yang TERBAIK untuk kalian DARI ALLAH. Percayalah. Hidup berumah tangga adalah untuk kalian saling melengkapi bukan untuk kalian menginginkan yang sempurna. Kefahaman dan keserasian itu perlu untuk diwujudkan.
Aku tidak tahu siapa jodoh yang Allah akan hantarkan untuk aku. Namun bagiku, aku kira rumah tangga yang bakal aku bina kelak merupakan gelanggan untuk aku dan suamiku mencari redha Allah. Baitul muslim ku kelak adalah wasilah untuk aku meniti syurga dunia mahupun syurga yang abadi. Aku selalu berdoa agar aku mampu menjadi isteri yang mampu taat dan penyejuk mata suamiku.
Mungkin kalian akan berpendapat mudah untuk aku berkata-kata sedangkan aku belum berumah tangga. Tapi ketahuilah wahai sahabatku yang sudah berumah tangga. Semua orang pasti menginginkan semua rumah tangga yang baik dan bahagia serta diredhai dan dirahmati Allah.
Aku minta agar kalian fikirkanlah masa depan kalian. Ingatlah isteri, syurgamu di bawah telapak kaki suami mu. Ingatlah sang suami, isterimu itulah tiang seri sandaran perjuanganmu dunia dan akhirat. Aku pohon. Sayangilah rumah tangga kalian. Selamatkanlah selagi termampu. Kerana itulah yang TERBAIK dari Allah.
Wallahualam
Posted by AFIQAH KAMARU at 2:35 PM 0 comments
Dari Kekasih Buat Kekasih
"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.
sumber : www.iluvislam.com
Posted by AFIQAH KAMARU at 11:12 AM 0 comments
Sunday, April 10, 2011
di sisi duka
sesegar embun yang menitis di lamanku...
kerinduan yang terpendam tak pernah layu...
masa beredar musim berganti...
tidak sedikit pun pudar wajahmu di hati ini...
satu demi satu lembaran hidup ini..
tercatat didalamnya rahsia peribadi...
antara nama...
antara wajah...
antara pengalaman yang bertambah...
kau teristimewa...
ku jejaki sejarah perkenalan kita...
saat bermula dan saat terpisah...
ternyata rindu ini tak bernoktah...
demikian...
hakikat sukarnya ku nafikan...
jarak dan masa bukan sempadan...
kau masih jua di ingatan...
kau embun di dini hari...
tetap segar di hati....
Posted by AFIQAH KAMARU at 9:48 PM 0 comments
Thursday, March 31, 2011
senyum
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Posted by AFIQAH KAMARU at 10:19 AM 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
revolusi mesir.....teruskan berdoa....
Dunia dikejutkan dengan Revolusi di Mesir yang katanya hasil inspirasi Revolusi Jasmine di Tunisia Januari lalu. Saya agak lambat mengetahui hal ini. Sudah dua hari berlaku baru saya tahu.
Pada saya, rakyat Mesir sungguh berani. Ramai yang sebaya dengan usia saya, namun sudah punya kekuatan untuk bersuara. Dibandingkan dengan kita warga Malaysia, masih selesa "di bawah ketiak mak". Itulah tandanya rakyat mesir lebih matang dan tahu apa yang mereka inginkan.
Sejak mengetahui berlakunya revolusi tersebut, saya tak putus mengikuti perkembangan di sana, terutamanya pelajar dan rakyat malaysia di sana. Bagaimana keadaan mereka di sana. Saya ada jugak beberapa org kawan-kawan di sana.
Memikirkan keselamatan mereka di sana, saya jadi risau. Dari pembacaan, katanya banduan terlepas, makanan, air, elektrik di catu semuanya. Duit di bank disekat. Keadaan makin runcing. Dan yang oaling teruk, connection terputus. Saya ada juga hantar sms kepada kawan saya. Dan saya ada juga cuba telefon berkali-kali. Tak pulak berjawab dan ada yang cross line.
Terbaca juga, ada ibu bapa yang sgt risau tentang keadaan anak mereka. Ada yang kata anak tak cukup duit dah. Di Buletin Utama, 1 Februari, panggilan seorang pelajar dr Mounsura, sebak suaranya. Menitis air mata mendengarnya. Katanya, mereka sgt ketakutan dengan keadaan keewangan yang tak terurus serta makanan yang hampir berkurang dan mereka sangat mengharapkan bantuan.
==================================
APA YANG KITA BOLEH BANTU???
Apa yang kita boleh bantu kawan-kawan. Sama-samalah kita berdoa dan terus berdoa. Jangan lah kita putuskan doa kita untuk sahabat-sahabat kita di sana. Doa saya, agar mereka selamat di sana. Agar proses evakuasi oleh TLDM berjalan lancar. Agar mereka diberi kekuatan roh untuk menghadapi semua ini. Sungguh saya risau. Sungguh saya pasti semua risau. Dan yang paling penting, ibu bapa mereka isangat risaukan mereka. Saya yang hanya kawan sudah cukup risau. Inikan pula ibu bapa mereka. Ingat, doalah senjata kita. Tolonglah kawan-kawan kita dengan cara kita hantarkan doa kita. Solat hajat mohon Allah bantu mereka. Hanya itu mampu saya dan kalian-kalian lakukan. Hanya Allah mampu membantu mereka.
Harap semuanya selamat. Tolong berdoa untuk sahabat-sahabat kita.
Proses evakuasi InsyaAllah sedang berjalan. Segala update baru boleh baca di sini
Untuk live streaming boleh tonton di sini dan di sini
MOHON DOA KALIAN
Posted by AFIQAH KAMARU at 1:25 AM 2 comments
Thursday, January 27, 2011
SURAT ADAM UNTUK HAWA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah s.w.t....
Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun ku tahu jiwamu selembut sutera, dan bisa hancur luluh lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa.....Kerana kaulah pengubat kesunyian di waktu aku di syurga dulu....dan engkau juga asal dari tulang rusuk kiriku yang bengkok, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan sebenarnya, ku gagahi jua diri ini....
Hawa.....
Maha Suci Allah telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penilitian Allah s.w.t dalam urusan Nya. Bayangkanlah Hawa.....sekiranya kaumku melebihi kaumu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan.....
Hawa.....
Suka untukku mengajak dirimu berfikir tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini. Tapi permintaanku duhai Hawa.....cubalah renungkan jua yang dirimu kini sudah berubah.....Tidakkah kau mengerti bahawa diri mu kini.....kian berubah.....Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata.....Duri-duri yang melingkarimu itulah HIJAB yang digariskan Allah s.w.t sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita.....Menagpa Hawa???...Mengapa kau biarkan ia harus terdedah....kepada kami kaum ajnabimu....Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang diperkotak-katikkan. Dimana-mana sahaja ku lihat dirimu bisa menghanyunkan langkah, bukan sebaik dulu lagi, langkahmu kian pantas.....apa sebenarnya yang engkau kejarkan???....Ku sendiri tak pasti!!!...Kadang-kadang ku sendiri tak dapat membezakan dirimu dan teman-teman yang lain....Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini.....Sedarkah kau Hawa???....Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah??....Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah ku telunjuki buatmu dahulu!!!...Sungguh aku KECEWA Hawa.....
Hawa.....
Mengapa dirimu kini jadi tontonan ramai??...Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam?. Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin!. Cukup untuk ku rasai kehadiranmu di saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai...Fahamilah Hawa usah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana-mana sahaja meninggalkan fitnah buat kaumku ini.....
Hawa.....
Betapa sakit dan pedihnya disaat ku lihat auratmu menjala, di sekeliling padangan.... Aku tidak mahu Hawa.....suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.....seurat rambutmu yang keluar ular menanti di mana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan, aduh!!!! banyaknya siksaan menantimu.....Mengapa begitu Hawa, tidakkah kau ingta apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu!..Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!....Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana sahaja!!...
Hawa....
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu. Di sini auratmy kau selindung disebalik pakaian mu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian.....tapi jauh nun di luar sana, tersentak diriku tatkala dirimu jauh berbeza!..Tudung ke mana??..Jilbab ke mana??...Apatah lagi tingkah laku mu...!!!!..Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!
Hawa.....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara lembut yang mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya membawa dosa padamu...Janganlah kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu......
Hawa.....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama disini dulu.....Andai diizinkan Allah, kita bersua lagi di lain lembaran yang pasti aku tetap terus membimbingmu....Harapanku agar muncullah walau hanya secebis kesedaran di hatimu dan aku mendoakan agar Allah mendorong hati kalian untik berubah.....Aku sayang kamu Hawa...Sungguh...Lantaran rasa sayang inilah aku menulis untuk kalian....Akhir kalam, ketahuilah.....
Posted by AFIQAH KAMARU at 12:12 AM 0 comments
Saturday, January 8, 2011
cukupkah bekal ku menghadap Yang Satu
Kematian itu seumpama pintu, setiap orang pasti akan melaluinya
p/s : post yang lebih kepada luahan hati. tidak ada yang menarik. maaf atas kekurangan.
Posted by AFIQAH KAMARU at 5:42 AM 0 comments
Thursday, January 6, 2011
Mengapa Mengeluh Wahai Hati ???
Persoalan manusia dan al-Quran menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)
Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)
Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)
Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(Surah Yusuf: 87)
Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Posted by AFIQAH KAMARU at 12:09 AM 0 comments